Palestin Perjuangan Kita

Sunday, March 7, 2010

Misi Bantuan Ke Bara, Nepal









Surau Al-Mizan telah mengikat kerjasama dengan syarikat roti terkenal Gardenia untuk menyalurkan bantuan pakaian sejuk kepada sebuah kampung di Bara, Nepal.

Nepal adalah sebuah negara yang mana penduduk muslim merupakan minoriti.

Tn Hj Rosli Mohd Nor, Pengurus Sumber Manusia Gardenia yang juga merupakan bendahari surau telah berangkat ke Nepal pada 12-16/1/2010. Beliau membawa bersama 7 kotak pakaian sejuk dan USD1000 hasil sumbangan ahli kariah dan Gardenia.

Dari Kathmandu, beliau menaiki sebuah pesawat kecil ke Bara. Dari Bara, perjalananan ke perkampungan Pasrampur diteruskan dengan menggunakan ambulan (panjang ceritanya sehingga ambulan digunakan..)

Kehadiran Hj Rosli dan Rombongan disambut meriah oleh penduduk Pasrampur. Perkampungan kecil ini hanya menempatkan kurang lebih 500 keluarga muslim. Satu majlis ringkas telah diadakan di perkarangan Madrasah Arabiah Ziyauloloom yang juga merupakan rumah anak-anak yatim.

Semua penduduk Pasrampur amat teruja dengan kehadiran rombongan Malaysia. Tambahan pula pakaian sejuk yang dibawa amat-amat diperlukan oleh para penduduk, terutamanya kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas. Kegembiraan jelas terbayang di mata mereka.

Projek selepas ini: menghimpun dana untuk mendirikan masjid yang bakal menjadi syiar Islam di Pasrampur. Insya-Allah.