Palestin Perjuangan Kita

Thursday, May 20, 2010

Perjumpaan Surau Putrajaya Bersama JAWI



Satu perjumpaan antara JAWI dan surau-surau Putrajaya telah diadakan pada 12 Mei 2010 selepas Isyak. Perjumpaan berlangsung di Surau Al-Husna Presint 9.

Dalam ucapannya, Y.Bhg Ustazah Zainab Abd Rahman, KPP Kanan JAWI berharap surau-surau di Putrajaya aktif dalam aktiviti pengimarahan surau. Beliau juga berharap agar kebersihan surau dipertingkatkan.

Dalam perjumpaan yang sama, peserta telah diberi taklimat mengenai bantuan yang boleh diberikan oleh Baitulmal kepada masyarakat Putrajaya. Antaranya bantuan aktiviti pengimarahan, bantuan pembelian peralatan surau, bantuan IPT, bantuan persekolahan dan lain-lain. Ahli qaryah boleh berhubung terus dengan Baitulmal WP yang berpejabat di JAWI Putrajaya, Kompleks E, Blok E2, Tingkat 7.

Dalam perjumpaan yang sama, dimaklumkan bahawa JAWI Putrajaya akan menganjurkan Karnival Sukan Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah pada 19 & 20 Jun 2010. Surau Jumaat dan surau-surau dalam kumpulannya dijemput menyertai 3 acara iaitu futsal, badminton dan boling.