Palestin Perjuangan Kita

Saturday, August 28, 2010

Kuliah Subuh Ramadan


Kuliah subuh ramadan hari sabtu 18 ramadan telah disampaikan oleh Y.Bhg. Us Harmi Darul Fuqaha'.
Beliau mengajak jemaah memperbanyakkan membaca al-Quran dan sedekah.
Dalam ibadah, kita perlu bandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi. Imam Syafie khatam al-quran 60 kali dalam ramadan.

Thursday, August 26, 2010

Tadarus Ramadan



Tadarus sepanjang Ramadan dijalankan selepas tarawih.

Tuesday, August 17, 2010

Moreh Ramadan 1431H





Gambar-gambar suasana moreh selepas tarawih di perkarangan Surau Al-Mizan Putrajaya.

Monday, August 16, 2010

Bubur Lambuk Surau Al-Mizan Presint 8





Bubur Lambuk Surau Al-Mizan Presint 8, setiap hari sabtu sepanjang Ramadan, diagihkan semasa solat zohor.

Alhamdulillah, memang sedappp!!!

Tarima kasih kepada jemaah yang bergotong-royong memasak bubur lambuk.

Jemput.., jemput..., Ahlan wa Sahlan!!

Tazkirah Subuh Ramadan 1


Tazkirah Subuh Ramadan 1 telah diadakan di Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya pada hari Sabtu 14 Ogos 2010.

Tazkirah disampaikan oleh Y.Bhg. Us Mohd Ajib Ismail dari JAKIM.

Dalam tazkirahnya, Us Ajib telah menekankan iqrar kita sebagai seorang muslim, yang sentiasa kita baca dalam doa iftitah,

"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya sanya kerana Allah Tuhan sekalian Alam"

Ceramah Sempena Ramadan Al-Mubarak


Sempena, Surau Al-Mizan Putrajaya telah mengadakan ceramah khas yang disampaikan oleh Penceramah yang tidak asing lagi, iaitu Y.Bhg. Us. Zamri Zainal Abidin dari IKIM.
Ceramah telah diadakan pada9 Ogos 2010, Isnin, selepas solat Maghrib.