Palestin Perjuangan Kita

Sunday, March 14, 2010

Gotong Royong Surau


Gotong royong membersihkan surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya telah diadakan pada 14 Mac 2010, Ahad pagi.

Antara aktiviti utama ialah membersihkan kolam ikan, mencantas dahan pokok dan menaikkan kanvas baru khemah di hadapan surau.

Terima kasih kepada ahli qaryah yang sudi hadir.

Konvensyen Pengurusan Masjid WP 2010




Konvensyen Pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan telah diaadakan pada 13 Mac 2010 di Masjid Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara.

Surau Al-Mizan telah menghantar 3 orang wakil ke Konvensyen tersebut iaitu Tn Hj Omar Yaakop, Us Nor Azam Abdullah dan En Mohammad Tarmizi Abu Bakar.
Peserta Konvensyen telah dibentangkan dua kertas kerja yang mantap:

1. Pengurusan Masjid Jamik Bandar Baru Uda
2. Pengurusan Masjid Singapura di Bawah MUIS

Para pembentang telah berjaya membuka minda peserta mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh masjid sebagai pusat komuniti setempat. Di Masjid Jamik Bandar Baru Uda misalnya, Masjid itu sendiri mempunyai pusat dialisisnya sendiri untuk kemudahan penduduk setempat, tidak kira muslim mahupun non-muslim.

Wednesday, March 10, 2010

Kuliah Tajwid/Tafsir Us Zaharom


Kuliah Us Zaharom pada 10 Mac 2009 menyambung tafsir dan tajwid surah al-mulk ayat 9-14.

Ayat-ayat yang dibaca adalah mengenai kekesalan orang-orang kafir semasa di neraka.

Mereka menyesali tindakan mereka yang tidak mengendahkan peringatan Allah semasa di dunia.

Orang-orang Islam yang takutkan Allah, nasib mereka berbeza. Mereka memperoleh keampunan dan pahala.

Tuesday, March 9, 2010

Kenduri Kahwin




Jemaah Surau Al-Mizan, Tn Hj Adnan Mat Sulaiman, telah mengadakan majlis perkahwinan anaknya, Mohd Farith di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada hari Ahad 7 Mac 2010.

Pasangan hidup Mohd Farith adalah Siti Kalthom bt Tasirin, berasal dari Sabak Bernam.

Kita doakan agar pasangan mempelai mendapat keberkatan Allah dan bahagia sehingga akhir hayat.

Sunday, March 7, 2010

Misi Bantuan Ke Bara, Nepal









Surau Al-Mizan telah mengikat kerjasama dengan syarikat roti terkenal Gardenia untuk menyalurkan bantuan pakaian sejuk kepada sebuah kampung di Bara, Nepal.

Nepal adalah sebuah negara yang mana penduduk muslim merupakan minoriti.

Tn Hj Rosli Mohd Nor, Pengurus Sumber Manusia Gardenia yang juga merupakan bendahari surau telah berangkat ke Nepal pada 12-16/1/2010. Beliau membawa bersama 7 kotak pakaian sejuk dan USD1000 hasil sumbangan ahli kariah dan Gardenia.

Dari Kathmandu, beliau menaiki sebuah pesawat kecil ke Bara. Dari Bara, perjalananan ke perkampungan Pasrampur diteruskan dengan menggunakan ambulan (panjang ceritanya sehingga ambulan digunakan..)

Kehadiran Hj Rosli dan Rombongan disambut meriah oleh penduduk Pasrampur. Perkampungan kecil ini hanya menempatkan kurang lebih 500 keluarga muslim. Satu majlis ringkas telah diadakan di perkarangan Madrasah Arabiah Ziyauloloom yang juga merupakan rumah anak-anak yatim.

Semua penduduk Pasrampur amat teruja dengan kehadiran rombongan Malaysia. Tambahan pula pakaian sejuk yang dibawa amat-amat diperlukan oleh para penduduk, terutamanya kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas. Kegembiraan jelas terbayang di mata mereka.

Projek selepas ini: menghimpun dana untuk mendirikan masjid yang bakal menjadi syiar Islam di Pasrampur. Insya-Allah.

Friday, March 5, 2010

Forum Perdana Malidur Rasul S.A.W




Forum Perdana Maulidur Rasul S.A.W peringkat kariah Surau Surau Al-Mizan Putrajaya telah diadakan pada 4 Mac 2010, Khamis Malam Jumaat. Forum kali ini bertemakan "Utusan Terulung".

Dua orang penceramah terkenal telah diundang. Mereka adalah Y.Bhg. Ustaz Badlishah Alaudin, Penolong Pengarah di Jabatan Agama Islam Pahang, dan Yg.Bhg. Dr Rubiah K. Hamzah, pakar motivasi yang tidak asing lagi.

Moderator forum juga tidak kurang hebatnya. Beliau adalah Y.Bhg. Us Zakaria Othman daripada JAKIM.Wajah belaiu sering menghiasi kaca tv dalam rancangan-rancangan forum agama.

Us Badlisah membuka tirai forum dengan membentangkan sejarah bermulanya sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Sebenarnya roh jihad boleh ditiup dan disemarakkan melalui sambutan maulidur rasul S.A.W. sekiranya benar-benar dihayati.

Dr Rubiah pula mengajak hadirin untuk menghidupkan cinta Rasulullah dengan cara menghayati kembali dua kalimah syahadah.

Tuesday, March 2, 2010

Kuliah Aqidah Us Mohd Aizam


Y.bhg Us Mohd Aizam Mas'od meneruskan siri kuliah aqidahnya di Surau Al-Mizan.

Dalam kuliahnya yang terkini pada 1 Mac 2010, beliau mengingatkan para hadirin suoaya berhati-hati agar tidak tersimpang daripada aqidah ahli sunnah wal jamaah yang sebenar.

Beliau mendedahkan bahawa kecelaruan mazhab aqidah telah bermula sejak zaman Khulafak Ar-Rasyidin lagi. Sebahagian mazhab aqidah ini pula muncul sebagai mazhab politik pada awalnya. Ianya kemudian berkembang menjadi mazhab aqidah. Sebagai contohnya golongan Khawarij, golongan Muktazilah, Murjiah, Qadariah dan lain-lain lagi.

Ajaran Qadiani yang bermula di India juga digolongkan sebagai ajaran yang menyelewang. Ini kerana i'tiqad mereka baahwa Mirza Ghulam Ahmad, pengasas mazhab, adalah seorang rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W.

Terima kasih Us Aizam.