Palestin Perjuangan Kita

Saturday, June 27, 2009

Peranan Ibu Bapa


Tazkirah subuh sabtu menekankan peranan ibu bapa dalam mewujudkan suasana mawaddah wa rahmah dalam keluarga.
Ibu bapa yang mengimpikan anak-anak soleh dan solehah boleh mengambil langkah-langkah berikut:


  1. menamakan anak dengan nama yang baik kerana nama adalah doa.

  2. beri ilmu kepada anak-anak

  3. cepatkan jodoh anak-anak.

  4. ambil peduli.

Perangkap Harta


Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah"
- Bukhori

Saturday, June 20, 2009

Tazkirah Ciri Kepimpinan Siri 4



Dalam siri keempat pada subuh 20 Jun 2009, Y.Bhg Dato' Ahmad Phesol menyambung pesanan Tahir Husain kepada anaknya Abdullah bin Tahir mengenai kepimpinan:
  • sentiasa mengajak ke arah kebenaran
  • minta nasihat orang berilmu dan ahli siasah
  • bermusyawarah
  • ambil pendapat orang berkepercayaan
  • turun padang
  • fikirkan akibat sebelum mengeluarkan perintah/arahan
  • laksanakan dengan yakin selepas berazam dan beristikharah
  • dampingi orang berfikiran terbuka
  • berbudi bahasa
  • uruskan dan layani fakir miskin, janda, anak yatim. Pada mereka terdapat barakah
  • beri perhatian kepada orang yang tidak berjumpa kerana takut akan kedudukanmu
  • sediakan wakil yang santun
  • bina rumah sakit
  • berurusan dengan khalayak dengan sabar
  • pastikan harta diperolehi secara halal
  • tilik pembantu dan penulismu. tandatangan dan tawakal
  • muliakan ahli agama
  • adil
  • cari redha Allah

Sesat



Sabda Rasulullah saw "Aku sungguh telah meninggalkan sesuatu kepadamu yang apabila hal itu kau pegang teguh kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya"
(AlHakim)

Thursday, June 18, 2009

Majlis Bacaan Yasin



Majlis bacaan yasin Khamis malam Jumaat 18 Jun 2009

Sunday, June 14, 2009

Kuliah Sirah : Pembentukan Masyarakat Baru


Hijrah Nabi Muhammad S.A.W menandakan permulaan pembentukan negara Islam pertama di bumi Madinah.

Antara perkara utama yang dilakukan oleh Nabi S.A.W untuk meletakkan asas negara ini adalah:
  1. membina masjid
  2. mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
  3. menulis perlembagaan Madinah

Saturday, June 13, 2009

Tazkirah Subuh : Kepimpinan Berkesan Siri 3


Y.Bhg Dato' Ahmad Phesol membicarakan ciri-ciri kepimpinan cemerlang berdasarkan nasihat Panglima Perang Al-Makmun, Tahir bin Husain kepada anaknya Abdullah bin Tahir.

Antara ciri-ciri kepimpinan dalam siri ketiga ini adalah:

  • mengawal sifat marah
  • menggunakan perkataan yang baik
  • menghindari orang tamak
  • mengagihkan harta dengan adil
  • elak bangga diri
  • jangan perkecilkan perkara dosa
  • jauhi penghasut dan pendengki
  • banyakkan merujuk ahli feqah

"jangan jadi kerengga dan semut yang tamak menjaga buah rambutan sehingga busuk buah itu langsung tidak dapat diambil manusia untuk dimakan sedangkan kerengga dan semut itu juga tidak memakannya"
- Y.Bhg Dato' Ahmad Phesol Talib

Thursday, June 11, 2009

Redha Ibu Bapa


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:


“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


- Riwayat al-Hakim

Wednesday, June 10, 2009

Saudara Kita disembelih!

'Saya hanya ingat mati'

Daripada Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my


ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters

12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak

NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.

Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang.

"Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu.

Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.

ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters

"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.

"Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam.

"Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu.

Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu.

"Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.


- Dipetik daripada Berita Harian 10 Jun

Tuesday, June 9, 2009

Pemimpin Adalah Perisai


Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.”

(Hadis riwayat Muslim)

Monday, June 8, 2009

Memelihara kehormatan Muslim



Daripada Muaz bin Anas AlJuhani R.A. meriwayatkan bahawa  Rasulullah S.A.W. bersabda, 

"Barangsiapa  menghalang kehormatan saudaranya yang muslim daripada kejahatan orang munafik, pada hari kiamat nanti Allah akan mengutuskan seorang malaikat yang menjaga dirinya daripada api neraka. Dan barangsiapa yang menjatuhkan nama baik orang islam, dia akan ditangkap semasa melalui titian sirat sehingga dia membersihkan segala tuduhannya."

- Kitab Muntakhab Hadis

Saturday, June 6, 2009

Bacaan Hadis-hadis Pilihan


Bacaan kitab-kitab muntakhab hadis dan fada'il a'maal dilaksanakan pada setiap hari selepas solat subuh.
Pengisian yang disampaikan adalah berkaitan perkara-perkara yang boleh memberi semangat kepada jemaah untuk meningkatkan amalan untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T.

Tuesday, June 2, 2009

Kem Motivasi Ke Arah Pelajar Cemerlang





Kem Motivasi Ke Arah Pelajar Cemerlang telah diadakan pada 30 dan 31 Mei 2009 di Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya.

Kem ini adalah sebahagian daripada program khidmat komuniti surau.

Penyertaan terdiri kepada 34 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan menghadapi UPSR, PMR dan SPM.

Slot ceramah dan LDK telah dapat diisi dengan sempurna. Maklum balas yang diterima daripada peserta, khasnya untuk sesi LDK (dan makan..) amat menggalakkan.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Ustazah Hajah Zainab bt Othman, KPP (Kanan) JAWI Putrajaya.

Insya-Allah program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Telah ada perancangan untuk membuat aktiviti di luar pula selepas ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang berkerjasama menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.