Palestin Perjuangan Kita

Thursday, November 3, 2011

KEM IBADAH & SOLAT YANG SEMPURNA REMAJA PUTRAJAYA 2011

KEM IBADAH & SOLAT YANG SEMPURNA REMAJA PUTRAJAYA 2011

TARIKH: 26 & 27 NOVEMBER 2011

LOKASI: PUTRAJAYA WETLAND

UMUR PESERTA: 13 HINGGA 17 TAHUN

YURAN: RM30 SEORANG

OBJEKTIF:

1) Kem ini bertujuan untuk member tunjuk ajar tentang ibadah, terutamanya solat. Kerana solat merupakan tiang agama.

2) Melahirkan remaja yang berakhlak mulia sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

3) Mendekatkan golongan remaja atau belia dekat dengan masjid.

4) Mengembalikan remaja ke landasan Islam yang sebenar.

5) Memberikan motivasi yang cemerlang, di dunia dan akhirat.

Tuesday, October 4, 2011

Kelas Tafaqquh 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa JAWI cawangan Putrajaya akan mengadakan kelas tafaqquh yang dibimbing oleh Ustaz Hussine Hangah. Kelas bermula pada 4,11,18,25 Oktober dan 1 November iaitu setiap hari selasa. Kelas akan diadakan di Surau Al-Mizan Presint 8, Putrjaya.

Moga-moga kita diberi kesempatan untuk menuntut ilmu Allah.. amin..

Thursday, September 29, 2011

Sanggul Wanita

Perhatikanlah betul2 saudara perempuan dikalangan kalian, tegur & nasihatilah mereka..peringatan itu manfaat bg org yg beriman... :)

Tutupilah dengan betul...


Tutuplah dengan sempurna wahai seri kandi Islam....

Monday, August 22, 2011

10 Terakhir Ramadhan..Rebut @ anda akan rugi..?


Salam Ramadhan..

Diam tak diam,da masuk hari yang ke 23 kita berpuasa...mknanya kita dlm 10 hari terakhir..kejar lah 10 yg terakhir ni..moga kita mendapat Lailatul Qadr dan pelepasan dr siksaan api neraka Allah S.W.T....

Sunday, August 7, 2011

Tadarus Al-Quran

Tadarus al-Quran sempena ramadan diadakan di Surau Al-Mizan Presint 8 pada setiap malam selepas moreh, dan juga selepas kuliah subuh hari sabtu dan ahad.

Semua jemaah dijemput untuk menyertai tadarus. Mari sama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi S.A.W sepanjang ramadan ini.

Monday, July 18, 2011

Ceramah Menyambut Ramadhan 1432


Sebelum kedatangan ramadhan,Surau Al-Mizan akan mengadakan satu ceramah; 'Hikmah Di Sebalik Pensyariatan Ibadat Puasa' yang akan disampaikan oleh Dato' Hassan Mahmud, Mudir Imam Muda Astro. Semua dijemput hadir..Majlis ilmu ialah antara taman-taman syurga..

Program Ramadhan 1432


Diam x diam, ramadhan tiba lagi..bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam..kerana byk keberkatan dlm bulan tersebut..lbh kurang dua minggu lagi kita semua akan mula bersahur,berbuka,berterawih dan byk lagi ibadat yg lain..pasti semua teruja utk menambah amalan dibulan yg penuh barakah ini...di sini, Surau Al-Mizan Presint 8, ada menganjurkan beberapa program..dijemput semua utk beramal bersama..

Thursday, July 7, 2011

Cerama Isra' Mikraj

Ceramah Isra' Mikraj pada 7 Julai 2011, disampaikan oleh Us Nik Kamarudin Yunoh, dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Ceramah ini adalah program bulanan Surau Al-Mizan.

Sunday, July 3, 2011

Subuh di Surau Almizan

Jemaah surau Al-Mizan Putrajaya selepas kuliah subuh ahad.

Saturday, June 25, 2011

Kuliah Tafsir

Kuliah tafsir YBhg Us Muzairi, surah al-baqarah, menggunakan kitab Tafsir Ibnu Katheer.

Wednesday, April 13, 2011

Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Putrajaya

Penyampaian cenderahati kepada AJK Surau-surau Kawasan Parlimen Putrajaya oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan.

Sekitar jemaah yang hadir pada majlis itu.

Penyampaian ceramah oleh Ustaz Haji Gunawan

Penyempurnaa majlis oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansur Pada 14 Febuari 2011, telah diadakan majlis sambutan maulidurrasul 1432/2011 bagi parlimen Putrajaya bertempat di Surau Al-mizan, Presint 8. Majlis itu yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansur, ahli parlimen Putrajaya.

Monday, January 3, 2011

Kuliah Us Redza JAKIM


Y.bhg Us Redza dari JAKIM telah mengajar di Surau Al-Mizan pada 1 Januari 2011. Tajuk pengajian berkisar mengenai syirik khafi.

Syirik Khafi adalah syirik yang tidak nampak, iaitu RIAK.

Saidina Ali R.A. menjelaskan 3 tanda riak:
  1. malas beramal apabila berseorangan
  2. rajin beramal apabila berada bersama orang ramai
  3. menambah-nambah amalan apabila dipuji
Semoga Allah menjauhkan kita semua daripda penyakit ini, amin..