Palestin Perjuangan Kita

Saturday, February 27, 2010

Kuliah Subuh Us Harmi Darul Fuqaha'


Tazkirah subuh sabtu 27 Februari 2010 telah disampaikan oleh Y.Bhg. Us. Harmi Aman Razali dari Maahad Tahfiz Darul Fuqaha'.

Y.Bhg ustaz telah menyentuh salah satu sifat utama Rasulullah S.A.W iaitu amanah. Baginda S.A.W amat terkenal dengan sifat amanahnya sehingga digelar Al-Amin. Baginda adalah satu-satunya manusia yang diberi gelaran tersebut oleh masyarakat Quraisy.

Penceramah telah membincangkan sebuah hadis yang intipatinya mengenai seorang muslim yang amanah, bertanggungjawab ke atas harta benda orang-orang mukminin, yang menunaikan segala hak-haknya yang berkaitan, maka segala kerja buatnya dikira sebagai sedekah kepada Allah.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.a.W. yang disambut pada 12 Rabiulawwal (Jumaat 26 Februari 2010), Us Harmi telah mengajak semua jemaah agar mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W, termasuklah semua sunnah yang dibawa oleh Baginda S.A.W.

Terima kasih Us Harmi.