Palestin Perjuangan Kita

Sunday, July 19, 2009

Kematian Abu Jahal Dalam Perang Badar


Kuliah subuh Ahad 19 Julai

Semasa peperangan Badar, tangan Abdul Rahman bin Auf ditarik oleh seorang pemuda Ansar bernama Muaz.

"Tunjukkan aku yang mana satu Abu Jahal" pinta Muaz.
"Kenapa dengan Abu Jahal?"
"Aku dengar dialah yang selalu menghina dan menyakiti Rasulullah S.A.W. Aku mahu dia mati ditanganku!"

Tiba-tiba tangan kiri Abdul Rahman bin Auf pula ditarik. Kali ini oleh seorang pemuda Ansar bernama Muawwiz. Niatnya sama. Mahu membunuh Abu Jahal. Muawwiz juga tidak rela Nabi S.A.W. dihina dan disakiti.

Abdul Rahman pun menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari Abu Jahal. Nun di satu sudut di Medan Badar, beliau nampak Abu Jahal sedang menjerit memberi semangat kepada pasukan Quraisy.

"Orang itulah Abu Jahal!"

Muaz dan Muawwiz segera mengepung Abu Jahal. Mereka berdua bagaikan singa-singa lapar yang mengepung buruan. Tikaman-demi tikaman dilancarkan. Sehinggalah Abu Jahal tidak mampu menepis serangan mereka. Beliau jatuh disebabkan tusukan dan tetakan kedua-dua pahlawan muda Ansar tersebut.

Allahu akbar! Allahu akbar!