Palestin Perjuangan Kita

Thursday, May 20, 2010

Perjumpaan Surau Putrajaya Bersama JAWI



Satu perjumpaan antara JAWI dan surau-surau Putrajaya telah diadakan pada 12 Mei 2010 selepas Isyak. Perjumpaan berlangsung di Surau Al-Husna Presint 9.

Dalam ucapannya, Y.Bhg Ustazah Zainab Abd Rahman, KPP Kanan JAWI berharap surau-surau di Putrajaya aktif dalam aktiviti pengimarahan surau. Beliau juga berharap agar kebersihan surau dipertingkatkan.

Dalam perjumpaan yang sama, peserta telah diberi taklimat mengenai bantuan yang boleh diberikan oleh Baitulmal kepada masyarakat Putrajaya. Antaranya bantuan aktiviti pengimarahan, bantuan pembelian peralatan surau, bantuan IPT, bantuan persekolahan dan lain-lain. Ahli qaryah boleh berhubung terus dengan Baitulmal WP yang berpejabat di JAWI Putrajaya, Kompleks E, Blok E2, Tingkat 7.

Dalam perjumpaan yang sama, dimaklumkan bahawa JAWI Putrajaya akan menganjurkan Karnival Sukan Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah pada 19 & 20 Jun 2010. Surau Jumaat dan surau-surau dalam kumpulannya dijemput menyertai 3 acara iaitu futsal, badminton dan boling.

Saturday, April 17, 2010

Kursus Pengurusan Surau Efisyen 2010




JAWI Putrajaya telah menganjurkan Kursus Pengurusan Surau Efisyen 2010 pada 17 & 18 April 2010 di Dewan Seminar Masjid Putra, Putrajaya.

Setiap surau diwakili oleh 3 orang jawatankuasa.

Dalam kursus yang sama, semua surau di Putrajaya telah dikelompokkan mengikut surau-surau Jumaat. Tujuan langkah ini adalah untuk memudahkan pengurusan aktiviti berkelompok yang akan disusun dari masa ke semasa. Surau Al-Mizan berada dalam Kelompok 3 iaitu:
  1. Surau Al-Mizan (ketua)
  2. Surau Saidina Othman P9
  3. Surau Al-Islah P9
  4. Surau An-Nur NRE
  5. Surau Saidina Ali P9
  6. Surau Blok C
  7. Surau Ittifaqiyyah P8
Pengisian Kursus
  1. Ceramah Pengimarahan Surau: Cabaran dan Keberkesanan oleh Us Hazarudin Baharudin, Pegawai Penyelaras Zon 6, JAWI Kuala Lumpur
  2. Menjana Sumber Kewangan - Penerangan daripada Wakil HPA dan ERA Edar
  3. Ceramah Pengalaman Masjid Al-Ghufran Pinggiran TTDI: Pengurusan dan Kewangan Masjid Sebagai Medium Dakwah oleh Dato' Hj Hassanudin Ali

Sunday, April 11, 2010

Gotong Royong Bulan April 2010





Gotong Royong bagi bulan April telah diadakan pada 11 April 2010. Fokus utama gotong royong adalah membersihkan kolam ikan dan mengubah suai tong hitam untuk dijadikan penapis air untuk kolam berkenaan.

Gotong royong kali ini diketuai oleh Pengerusi, Tn Hj Omar Yaakop dan Timbalan beliau, Tn Hj Adnan bin Mat Sulaiman.

Ceramah Bulan April


Ceramah bulan April surau Al-Mizan telah diadakan pada 8 April 2010, Khamis malam Jumaat. Penceramah yang dijemput kali ini adalah Y.Bhg. Ustaz Nik bin Nik Abdul Ghani dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penceramah telah menyentuh tajuk semasa iaitu Fenomena Buang Bayi; Apakah Peranan Kita?