Palestin Perjuangan Kita

Monday, January 3, 2011

Kuliah Us Redza JAKIM


Y.bhg Us Redza dari JAKIM telah mengajar di Surau Al-Mizan pada 1 Januari 2011. Tajuk pengajian berkisar mengenai syirik khafi.

Syirik Khafi adalah syirik yang tidak nampak, iaitu RIAK.

Saidina Ali R.A. menjelaskan 3 tanda riak:
  1. malas beramal apabila berseorangan
  2. rajin beramal apabila berada bersama orang ramai
  3. menambah-nambah amalan apabila dipuji
Semoga Allah menjauhkan kita semua daripda penyakit ini, amin..

Monday, December 20, 2010

Ceramah Khas Maal Hijrah


Ceramah khas sempena Maal Hijrah telah diadakan pada hari khamis 9Disember 2010 selepas maghrib. Penceramah Jemputan adalah Us Khairul Azhar, finalis program Imam Muda.

Majlis Solat Hajat Maal Hijrah





Majlis solat hajat sempena Maal Hijrah telah diadakan pada 6 Disember 2010 di Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya.

Majlis bermula jam 6.30 petang. Sebelum maghrib, doa akhir tahun telah dibaca. Doa awal tahun dibaca sejurus selepas maghrib. Bacaan yasin dan solat hajat juga telah diadakan.

Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Khas Ahli Parlimen Putrajaya




Surau Al-Mizan Presint 8 telah mengadakan pertemuan ramah mesra bersama Pegawai Khas Ahli Parlimen Putrajaya. Pertemuan ini diadakan serentak dengan Mesyuarat JK Surau Bil.7/2010.