Palestin Perjuangan Kita

Monday, December 20, 2010

Kuliah-kuliah Mingguan

Kuliah Tafsir Al-Munir oleh Y.Bhg. Us Rahimi KDN

Kuliah Tasawwur Islam oleh Y.Bhg. Us Amri KPT

Sunday, November 7, 2010

Kuliah Fiqh Muasarah


Kuliah Fiqh Muasarah (Fiqh Semasa) dijadualkan pada setiap hari jumaat malam sabtu minggu kedua dan keempat.

Kuliah disampaikan oleh Y.bhhg. us Saleh Saad, Imam Masjid Putra.

Dalam kuliahnya minggu ini, Us Saleh telah menerangkan mengenai maksud fiqh, dari segi bahasa dan juga istilah.

Fiqh dari segi bahasa bermaksuf kefahaman.

Fiqh dari segi istilah mempunyai dua maksud:

pertama : hukum yang berkaitan perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang berdasarkan dalil naqli.

kedua : hukum itu sendiri.

Ceramah Sempena Hari Raya Korban


Ceramah sempena Hari Raya Korban telah diadakan di Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya pada 28 Oktober 2010.

Ceramah telah disampaikan oleh Y.Bhg Us Md. Ali Sarbini, Imam Besar Masjid Sultan Mizan Putrajaya.

Tn Penceramah telah memberi kesedaran kepada para hadirin mengenai kepentingan ibadah korban dan besarnya faedah ibadah sunat ini.

Wednesday, October 27, 2010

Kelas Talaqqi Al-Quran


Kelas Talaqqi al-Quran Bersanad untuk ahli jemaah dewasa diadakan pada setiap hari selasa minggu kedua dan ke empat.

Kelas diadakan di bilik mesyuarat surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya.

Semua jemaah dijemput hadir memperbaiki bacaan Al-Quran.