Palestin Perjuangan Kita

Wednesday, February 24, 2010

Mesyuarat Surau Jumaat Bersama JAWI


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan satu mesyuarat bersama JK Surau Jumaat Putrajaya dengan kontraktor pembersihan yang baru. Mesyuarat diadakan pada 23 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat JAWI Putrajaya.

Mesyuarat membincangkan skop kerja kontraktor. Terdapat 14 item utama yang akan menjadi tugas pihak kontraktor. Untuk Surau Al-Mizan, skop kerja pembersihan kolam ditambah menjadikannya 15 item.

Senarai skop kerja, senarai semak tugas dan buku log kehadiran dan pemantauan akan disediakan oleh JAWI.

Rata-rata ahli bermesyuarat memandang positif terhadap komitmen yang dijanjikan oleh kontraktor ini. Walaupun masih awal untuk membuat penilaian, semua ahli mesyuarat berharap semuanya akan berjalan lancar dan imej kebersihan surau Putrajaya terpelihara insya-Allah.

Saturday, February 13, 2010

Ceramah Us Zamri IKIM di Surau Al-Mizan


Ceramah bulanan Bulan Februari telah diadakan pada 4 Februari 2010.

Penceramah jemputan adalah Y.Bhg Us Zamri Zainal Abidin, Juruhebah Radio IKIM.FM yang tidak asing lagi.

Rata-rata jemaah yang memenuhi surau Al-Mizan pada malam itu amat teruja dengan ceramah yang beliau sampaikan.

Semoga ada lain ketika, kita jemput lagi Us Zamri Insya-Allah.

Syukran ya Ustaaz..

Riadah di Surau


Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah yang mengkehendaki umat Islam sentiasa sihat, surau Al-Mizan telah membeli sebuah meja ping pong untuk kegunaan jemaahnya.

Dalam masa yang sama, secara kebetulan seorang individu yang tidak mahu didedahkan namanya, telah menghadiahkan sebuah meja lagi kepada surau.

Terima kasih kepada beliau.

Inilah yang dikatakan; beli satu dapat dua.

Alhamdulillah.

Saturday, January 23, 2010

Sumbangan Komputer


Surau Al-Mizan Presint 8 bertuah kerana ada individu yang telah bermurah hati menderma sebuah komputer riba untuk kegunaan surau.

Kami tidak menyebut namanya di sini.

Semua jemaah surau amat berterima kasih atas sumbangan puan. Semoga Allah membalas budi baik puan dengan kurniaan rezeki yang melimpah ruah dan ketenangan jiwa di dunia dan akhirat.

Jazaakillah khairal jazaa'.