Ceramah khas sempena Maal Hijrah telah diadakan pada hari khamis 9Disember 2010 selepas maghrib. Penceramah Jemputan adalah Us Khairul Azhar, finalis program Imam Muda.
surau jumaat di bawah penyelarasan jabatan agama islam wilayah persekutuan putrajaya
Monday, December 20, 2010
Majlis Solat Hajat Maal Hijrah
Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Khas Ahli Parlimen Putrajaya
Sunday, November 7, 2010
Kuliah Fiqh Muasarah

Kuliah Fiqh Muasarah (Fiqh Semasa) dijadualkan pada setiap hari jumaat malam sabtu minggu kedua dan keempat.
Kuliah disampaikan oleh Y.bhhg. us Saleh Saad, Imam Masjid Putra.
Dalam kuliahnya minggu ini, Us Saleh telah menerangkan mengenai maksud fiqh, dari segi bahasa dan juga istilah.
Fiqh dari segi bahasa bermaksuf kefahaman.
Fiqh dari segi istilah mempunyai dua maksud:
pertama : hukum yang berkaitan perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang berdasarkan dalil naqli.
kedua : hukum itu sendiri.
Ceramah Sempena Hari Raya Korban

Ceramah sempena Hari Raya Korban telah diadakan di Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya pada 28 Oktober 2010.
Ceramah telah disampaikan oleh Y.Bhg Us Md. Ali Sarbini, Imam Besar Masjid Sultan Mizan Putrajaya.
Tn Penceramah telah memberi kesedaran kepada para hadirin mengenai kepentingan ibadah korban dan besarnya faedah ibadah sunat ini.
Wednesday, October 27, 2010
Kelas Talaqqi Al-Quran
Tuesday, September 28, 2010
Majlis Sambutan Aidil Fitri Surau Al-Mizan
Majlis sambutan Aidil Fitri peringkat Surau Al-Mizan Presint 8 telah diadakan pada hari Khamis malam Jumaat, 23 September 2010.
Us Mohd Nidzam Abdul Kadir (UIAM) telah dijemput sebagai penceramah khas pada malam itu.
Ramai ahli qaryah yang hadir pada malam itu. Selepas menikmati santapan rohani, para hadirin dijamu pula dengan pelbagai juadah hari raya. Yang paling popular: Kambing Panggang! 2 ekor habis dalam sekelip masa sahaja.
Alhamdulillah. Semoga acara sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli qaryah, amin.
Wednesday, September 1, 2010
Ceramah Khas Sempena Nuzul Al-Quran

Ceramah Khas sempena Nuzul Al-Quran telah diadakan di Surau Al-Mizan Presint 8 pada hari Sabtu 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadan 1431 H.
Ceramah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Zulkifly Mohamad Al-Bakry.
Dalam ceramahnya, Dr. Zulkifli menghuraikan secara panjang lebar dan mendalam mengenai ayat 1-5 surah al-Alaq, yang merupakan ayat pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. di gua Hira'.
Saturday, August 28, 2010
Kuliah Subuh Ramadan
Thursday, August 26, 2010
Tuesday, August 17, 2010
Monday, August 16, 2010
Bubur Lambuk Surau Al-Mizan Presint 8
Tazkirah Subuh Ramadan 1

Tazkirah Subuh Ramadan 1 telah diadakan di Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya pada hari Sabtu 14 Ogos 2010.
Tazkirah disampaikan oleh Y.Bhg. Us Mohd Ajib Ismail dari JAKIM.
Dalam tazkirahnya, Us Ajib telah menekankan iqrar kita sebagai seorang muslim, yang sentiasa kita baca dalam doa iftitah,
"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya sanya kerana Allah Tuhan sekalian Alam"
"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya sanya kerana Allah Tuhan sekalian Alam"
Ceramah Sempena Ramadan Al-Mubarak
Monday, July 26, 2010
Lawatan ke Rumah Anak Kesayanganku
Pada 17 Julai 2010, Unit Hal-ehwal Muslimat (HEMAT) Surau Al-Mizan Putrajaya telah menganjurkan satu lawatan ke Rumah Anak Kesayanganku (RAK) di Bukit Beruntung, Selangor. RAK adalah sebuah rumah kebajikan yang dibuka pada Januari 2007. RAK menempatkan 150 orang anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.
Seramai lebih kurang 30 orang muslimat telah menyertai rombongan ini. Rombongan diketuai oleh Y.Bhg Us Zaharom, salah seorang tenaga pengajar di Surau Al-Mizan.
Rombongan berkenaan juga sempat memberikan sumbangan berupa wang tunai, pakaian dan bahan makanan kepada pihak RAK.
Sunday, July 18, 2010
Gotong Royong Edisi Julai 2010

Ramai ahli qaryah yang turun untuk edisi kali ini.
Selain membersihkan ruang solat utama dan kawasan sekitar, aktiviti menangkap ikan kolam juga telah diadakan. Populasi ikan dalam kolam, terutama talapia, perlu dikurangkan untuk mengurangkan bahan terampai dalam kolam. Ikan-ikan yang ditangkap akan dimasak dan dihidangkan kepada jemaah.
Lazatnya lain, bila makan ikan yang setiap hari dengar azan dan Al-Quran ini..
Tuesday, July 13, 2010
Ceramah Sempena Israk dan Mikraj

Ceramah Sempena Israk dan Mikraj peringkat Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya telah diadakan pada 10 Julai 2010 selepas Maghrib.
Ceramah disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Muzairi Mustaffa Al-Hafiz.
Dalam ceramah beliau, Us Muzairi menekankan kepentingan solat dalam kehidupan muslim. Beliau juga menjelaskan bahawa peristiwa israk dan mikraj adalah sebahagian perkara ghaibiyyat yang perlu diimani sepenuhnya oleh seseorang muslim.
Us Muzairi menterjemahkan perkataan "Qalb" kepada jantung. Hati, dalam bahasa arab disebut "kabidah", manakala dalam bahasa inggeris, "heart" merujuk kepada jantung dan "liver" pula merujuk kepada hati.
Penjelasan Ustaz Muzairi itu memang ada asas yang kukuh. Terima kasih ustaz.
Saturday, July 10, 2010
Mesyuarat Agung Surau Al-Mizan 2010



Mesyuarat kali ini juga melibatkan pemilihan AJK bagi penggal 2010-2012.
Mesyuarat dihadiri oleh 36 orang ahli qaryah.
Dalam ucapan perasmiannya, Pn Hajah Zainab Abd Rahman, KPP Kanan Jawi Cawangan Putrajaya berharap agar AJK baru yang bakal dipilih akan mampu menyemarakkan lagi aktiviti surau yang dapat memberi kesan langsung kepada peningkatan kesedaran dan kefahaman agama di kalangan ahli qaryah.
Beliau juga mengingatkan agar penceramah yang dijemput mempunyai tauliah daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
AJK yang terpilih bagi sesi 2010-2012 terdiri daripada barisan kepimpinan baru yang begitu dinamik serta mempunyai latar belakang yang pelbagai. Tn Hj Adnan bin Mat Sulaiman, yang merupakan Timbalan Pengerusi bagi sesi 2008-2010 telah diberi kepercayaan sebagai Pengerusi bagi sesi baru ini.
Tahniah kepada Tn Hj Adnan dan para barisan kepimpinan beliau.
(sila "scroll-down" ke bawah untuk melihat senarai AJK 2010-2012)
Saturday, July 3, 2010
Kuliah Tafsir Us Muzairi
Kuliah tafsir Us Muzairi menggunakan kitab Tafsir Ibnu Kathir pada setiap sabtu malam ahad
Monday, June 14, 2010
Thursday, May 20, 2010
Perjumpaan Surau Putrajaya Bersama JAWI

Dalam ucapannya, Y.Bhg Ustazah Zainab Abd Rahman, KPP Kanan JAWI berharap surau-surau di Putrajaya aktif dalam aktiviti pengimarahan surau. Beliau juga berharap agar kebersihan surau dipertingkatkan.
Dalam perjumpaan yang sama, peserta telah diberi taklimat mengenai bantuan yang boleh diberikan oleh Baitulmal kepada masyarakat Putrajaya. Antaranya bantuan aktiviti pengimarahan, bantuan pembelian peralatan surau, bantuan IPT, bantuan persekolahan dan lain-lain. Ahli qaryah boleh berhubung terus dengan Baitulmal WP yang berpejabat di JAWI Putrajaya, Kompleks E, Blok E2, Tingkat 7.
Dalam perjumpaan yang sama, dimaklumkan bahawa JAWI Putrajaya akan menganjurkan Karnival Sukan Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah pada 19 & 20 Jun 2010. Surau Jumaat dan surau-surau dalam kumpulannya dijemput menyertai 3 acara iaitu futsal, badminton dan boling.
Saturday, April 17, 2010
Kursus Pengurusan Surau Efisyen 2010



JAWI Putrajaya telah menganjurkan Kursus Pengurusan Surau Efisyen 2010 pada 17 & 18 April 2010 di Dewan Seminar Masjid Putra, Putrajaya.
Setiap surau diwakili oleh 3 orang jawatankuasa.
Dalam kursus yang sama, semua surau di Putrajaya telah dikelompokkan mengikut surau-surau Jumaat. Tujuan langkah ini adalah untuk memudahkan pengurusan aktiviti berkelompok yang akan disusun dari masa ke semasa. Surau Al-Mizan berada dalam Kelompok 3 iaitu:
- Surau Al-Mizan (ketua)
- Surau Saidina Othman P9
- Surau Al-Islah P9
- Surau An-Nur NRE
- Surau Saidina Ali P9
- Surau Blok C
- Surau Ittifaqiyyah P8
Pengisian Kursus
- Ceramah Pengimarahan Surau: Cabaran dan Keberkesanan oleh Us Hazarudin Baharudin, Pegawai Penyelaras Zon 6, JAWI Kuala Lumpur
- Menjana Sumber Kewangan - Penerangan daripada Wakil HPA dan ERA Edar
- Ceramah Pengalaman Masjid Al-Ghufran Pinggiran TTDI: Pengurusan dan Kewangan Masjid Sebagai Medium Dakwah oleh Dato' Hj Hassanudin Ali
Sunday, April 11, 2010
Gotong Royong Bulan April 2010
Gotong Royong bagi bulan April telah diadakan pada 11 April 2010. Fokus utama gotong royong adalah membersihkan kolam ikan dan mengubah suai tong hitam untuk dijadikan penapis air untuk kolam berkenaan.
Gotong royong kali ini diketuai oleh Pengerusi, Tn Hj Omar Yaakop dan Timbalan beliau, Tn Hj Adnan bin Mat Sulaiman.
Subscribe to:
Posts (Atom)