Palestin Perjuangan Kita

Monday, July 26, 2010

Lawatan ke Rumah Anak Kesayanganku




Pada 17 Julai 2010, Unit Hal-ehwal Muslimat (HEMAT) Surau Al-Mizan Putrajaya telah menganjurkan satu lawatan ke Rumah Anak Kesayanganku (RAK) di Bukit Beruntung, Selangor. RAK adalah sebuah rumah kebajikan yang dibuka pada Januari 2007. RAK menempatkan 150 orang anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Seramai lebih kurang 30 orang muslimat telah menyertai rombongan ini. Rombongan diketuai oleh Y.Bhg Us Zaharom, salah seorang tenaga pengajar di Surau Al-Mizan.

Rombongan berkenaan juga sempat memberikan sumbangan berupa wang tunai, pakaian dan bahan makanan kepada pihak RAK.

Sunday, July 18, 2010

Gotong Royong Edisi Julai 2010


Gotong royong Surau Al-Mizan Presint 8 Edisi Julai telah berjalan lancar pada 18 Julai 2010, hari ahad jam 9.00 pagi hingga 11.30 tengahari.

Ramai ahli qaryah yang turun untuk edisi kali ini.

Selain membersihkan ruang solat utama dan kawasan sekitar, aktiviti menangkap ikan kolam juga telah diadakan. Populasi ikan dalam kolam, terutama talapia, perlu dikurangkan untuk mengurangkan bahan terampai dalam kolam. Ikan-ikan yang ditangkap akan dimasak dan dihidangkan kepada jemaah.

Lazatnya lain, bila makan ikan yang setiap hari dengar azan dan Al-Quran ini..

Tuesday, July 13, 2010

Ceramah Sempena Israk dan Mikraj


Ceramah Sempena Israk dan Mikraj peringkat Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya telah diadakan pada 10 Julai 2010 selepas Maghrib.

Ceramah disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Muzairi Mustaffa Al-Hafiz.

Dalam ceramah beliau, Us Muzairi menekankan kepentingan solat dalam kehidupan muslim. Beliau juga menjelaskan bahawa peristiwa israk dan mikraj adalah sebahagian perkara ghaibiyyat yang perlu diimani sepenuhnya oleh seseorang muslim.

Us Muzairi menterjemahkan perkataan "Qalb" kepada jantung. Hati, dalam bahasa arab disebut "kabidah", manakala dalam bahasa inggeris, "heart" merujuk kepada jantung dan "liver" pula merujuk kepada hati.

Penjelasan Ustaz Muzairi itu memang ada asas yang kukuh. Terima kasih ustaz.


Saturday, July 10, 2010

Mesyuarat Agung Surau Al-Mizan 2010





Mesyuarat Agung Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya telah berlangsung pada 10 Julai 2010 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Mesyuarat kali ini juga melibatkan pemilihan AJK bagi penggal 2010-2012.

Mesyuarat dihadiri oleh 36 orang ahli qaryah.

Dalam ucapan perasmiannya, Pn Hajah Zainab Abd Rahman, KPP Kanan Jawi Cawangan Putrajaya berharap agar AJK baru yang bakal dipilih akan mampu menyemarakkan lagi aktiviti surau yang dapat memberi kesan langsung kepada peningkatan kesedaran dan kefahaman agama di kalangan ahli qaryah.

Beliau juga mengingatkan agar penceramah yang dijemput mempunyai tauliah daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

AJK yang terpilih bagi sesi 2010-2012 terdiri daripada barisan kepimpinan baru yang begitu dinamik serta mempunyai latar belakang yang pelbagai. Tn Hj Adnan bin Mat Sulaiman, yang merupakan Timbalan Pengerusi bagi sesi 2008-2010 telah diberi kepercayaan sebagai Pengerusi bagi sesi baru ini.

Tahniah kepada Tn Hj Adnan dan para barisan kepimpinan beliau.

(sila "scroll-down" ke bawah untuk melihat senarai AJK 2010-2012)

Saturday, July 3, 2010

Kuliah Tafsir Us Muzairi

Kuliah tafsir Us Muzairi menggunakan kitab Tafsir Ibnu Kathir pada setiap sabtu malam ahad