Palestin Perjuangan Kita

Sunday, February 28, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah






Surau Al-Mizan telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk ahli kariah pada hari ahad 28 Februari 2010.

Kursus disampaikan oleh Y.Bhg. Us. Mohd Khairi bin Zainuddin, penceramah pakar dalam pengurusan jenazah. Kursus telah dijalankan secara pendekatan teori dan praktikal.

Hampir 30 orang ahli kariah telah mengikuti kursus yang dijalankan daripada pagi hingga petang.

Saturday, February 27, 2010

Kuliah Subuh Us Harmi Darul Fuqaha'


Tazkirah subuh sabtu 27 Februari 2010 telah disampaikan oleh Y.Bhg. Us. Harmi Aman Razali dari Maahad Tahfiz Darul Fuqaha'.

Y.Bhg ustaz telah menyentuh salah satu sifat utama Rasulullah S.A.W iaitu amanah. Baginda S.A.W amat terkenal dengan sifat amanahnya sehingga digelar Al-Amin. Baginda adalah satu-satunya manusia yang diberi gelaran tersebut oleh masyarakat Quraisy.

Penceramah telah membincangkan sebuah hadis yang intipatinya mengenai seorang muslim yang amanah, bertanggungjawab ke atas harta benda orang-orang mukminin, yang menunaikan segala hak-haknya yang berkaitan, maka segala kerja buatnya dikira sebagai sedekah kepada Allah.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.a.W. yang disambut pada 12 Rabiulawwal (Jumaat 26 Februari 2010), Us Harmi telah mengajak semua jemaah agar mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W, termasuklah semua sunnah yang dibawa oleh Baginda S.A.W.

Terima kasih Us Harmi.

Wednesday, February 24, 2010

Kuliah Tajwid/Tafsir


Ustaz Zaharom telah menyampaikan kuliah tajwid dan tafsir pada 24 februari 2010. Ayat yang dibaca adalah ayat 5-9 surah almulk.

Terima kasih ustaz.

Mesyuarat Surau Jumaat Bersama JAWI


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan satu mesyuarat bersama JK Surau Jumaat Putrajaya dengan kontraktor pembersihan yang baru. Mesyuarat diadakan pada 23 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat JAWI Putrajaya.

Mesyuarat membincangkan skop kerja kontraktor. Terdapat 14 item utama yang akan menjadi tugas pihak kontraktor. Untuk Surau Al-Mizan, skop kerja pembersihan kolam ditambah menjadikannya 15 item.

Senarai skop kerja, senarai semak tugas dan buku log kehadiran dan pemantauan akan disediakan oleh JAWI.

Rata-rata ahli bermesyuarat memandang positif terhadap komitmen yang dijanjikan oleh kontraktor ini. Walaupun masih awal untuk membuat penilaian, semua ahli mesyuarat berharap semuanya akan berjalan lancar dan imej kebersihan surau Putrajaya terpelihara insya-Allah.

Saturday, February 13, 2010

Ceramah Us Zamri IKIM di Surau Al-Mizan


Ceramah bulanan Bulan Februari telah diadakan pada 4 Februari 2010.

Penceramah jemputan adalah Y.Bhg Us Zamri Zainal Abidin, Juruhebah Radio IKIM.FM yang tidak asing lagi.

Rata-rata jemaah yang memenuhi surau Al-Mizan pada malam itu amat teruja dengan ceramah yang beliau sampaikan.

Semoga ada lain ketika, kita jemput lagi Us Zamri Insya-Allah.

Syukran ya Ustaaz..

Riadah di Surau


Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah yang mengkehendaki umat Islam sentiasa sihat, surau Al-Mizan telah membeli sebuah meja ping pong untuk kegunaan jemaahnya.

Dalam masa yang sama, secara kebetulan seorang individu yang tidak mahu didedahkan namanya, telah menghadiahkan sebuah meja lagi kepada surau.

Terima kasih kepada beliau.

Inilah yang dikatakan; beli satu dapat dua.

Alhamdulillah.