Palestin Perjuangan Kita

Saturday, January 23, 2010

Sumbangan Komputer


Surau Al-Mizan Presint 8 bertuah kerana ada individu yang telah bermurah hati menderma sebuah komputer riba untuk kegunaan surau.

Kami tidak menyebut namanya di sini.

Semua jemaah surau amat berterima kasih atas sumbangan puan. Semoga Allah membalas budi baik puan dengan kurniaan rezeki yang melimpah ruah dan ketenangan jiwa di dunia dan akhirat.

Jazaakillah khairal jazaa'.

Gotong Royong




Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya telah mengadakan gotong royong kali pertama bagi tahun 2010 pada 23 Januari 2010. Program ini telah mendapat tenaga kerja sukarela yang menggalakkan daripada ahli kariah.
Aktiviti gotong royong ini adalah sebahagian daripada keputusan Mesyuarat JK Bil 1/2010 yang menetapkan gotong royong diadakan setiap dua minggu.
Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah membersihkan kolam, mencantas pokok bunga, membaiki lampu dan membersih kawasan sekitar.
Semua ahli kariah yang menyumbang tenaga untuk program ini telah dijamu makan tengahari berlaukkan ikan keli masak lemak serta ulam-ulaman.
Memang terasa kemeriahannya!

Wednesday, January 13, 2010

Mesyuarat JK Bil 1/2010


Mesyuarat JK Bil 1/2010 telah diadakan pada 13 Januari 2010 selepas solat Isyak.

Mesyuaratdihadiri oleh 12 orang JK dan dipengerusikan oleh Y.Bhg Tn Hj Omar Yaacob, Pengerusi surau.

Monday, January 11, 2010

Majlis Bacaan Yasin Bersama SPRM


Pada 7 Januari 2010, SPRM dan Surau Al-Mizan telah mengadakan majlis bacaan Yasin selepas solat Maghrib.

Surau dipenuhi makmum terutamanya anggota SPRM yang hadir dalam majlis berkenaan disamping penduduk kariah.

Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Abu Kassim Mohamed dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Dato' Mohd Shukri Abdull.