Palestin Perjuangan Kita

Friday, July 31, 2009

Doa Semasa Murung


اللّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ , وَابْنُ عَبْدِكَ , وَابْنُ أَمَتِكَ , نَاصِيَتِي بِيَدِكَ , مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ , عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ , أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ , سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ, أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ, أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ, أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ, أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي, وَنُورَ صَدْرِي ، وَجِلاَءَ حُزْنِي, وَذَهَابَ هَمِّي

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, terlaksana ke atasku hukuman-Mu dan adil kehakiman-Mu terhadapku, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Saturday, July 25, 2009

Sambutan Isra' dan Mikraj









Surau AlMizan Putrajaya menganjurkan Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj pada hari Sabtu 25 Julai 2009 bersamaan 2 Syaaban 1430. Sambutan kali ini dijayakan dengan kerjasama Kelab Angkatan Belia Cemerlang.

Aktiviti bermula dengan gotong royong membersihkan surau dan juga memasak untuk jamuan selepas Forum Perdana Isra' dan Mikraj selepas maghrib.

Forum dijayakan oleh Y.Bhg. Us Zakaria Othman (JAKIM) sebagai Pemudahcara Forum dan Y.Bhg. PM Dr Badli Hisham Mohd Nasir (UKM) serta Ustaz Mohd Rosli Mokthar (KUIS) sebagai ahli panel.

Terima kasih semua!


Sunday, July 19, 2009

Kematian Abu Jahal Dalam Perang Badar


Kuliah subuh Ahad 19 Julai

Semasa peperangan Badar, tangan Abdul Rahman bin Auf ditarik oleh seorang pemuda Ansar bernama Muaz.

"Tunjukkan aku yang mana satu Abu Jahal" pinta Muaz.
"Kenapa dengan Abu Jahal?"
"Aku dengar dialah yang selalu menghina dan menyakiti Rasulullah S.A.W. Aku mahu dia mati ditanganku!"

Tiba-tiba tangan kiri Abdul Rahman bin Auf pula ditarik. Kali ini oleh seorang pemuda Ansar bernama Muawwiz. Niatnya sama. Mahu membunuh Abu Jahal. Muawwiz juga tidak rela Nabi S.A.W. dihina dan disakiti.

Abdul Rahman pun menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari Abu Jahal. Nun di satu sudut di Medan Badar, beliau nampak Abu Jahal sedang menjerit memberi semangat kepada pasukan Quraisy.

"Orang itulah Abu Jahal!"

Muaz dan Muawwiz segera mengepung Abu Jahal. Mereka berdua bagaikan singa-singa lapar yang mengepung buruan. Tikaman-demi tikaman dilancarkan. Sehinggalah Abu Jahal tidak mampu menepis serangan mereka. Beliau jatuh disebabkan tusukan dan tetakan kedua-dua pahlawan muda Ansar tersebut.

Allahu akbar! Allahu akbar!

Saturday, July 18, 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam - Fathi Yakan


Tazkirah subuh sabtu 18 julai 2009 memulakan siri perkongsian ilmu berdasarkan buku tersohor Dr Fathi Yakan (Rahmatullah alaihi... beliau meninggal dunia pada 13 Jun 2009 pada usia 76 tahun di Lubnan), "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"

Buku ini membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala:

هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ

"Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)."

(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).

1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.

2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.

3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.

4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.

5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.

6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.