Palestin Perjuangan Kita

Saturday, May 30, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah



Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan di Surau Al-Mizan pada 23 Mei 2009. 

Kursus dikendalikan oleh Y.Bhg. Ustaz Nahrawi Marzoki yang merupakan pakar rujuk pengendalian jenazah.

Penyertaan melebihi 40 orang yang terdiri daripada ahli qariah Presint 8 dan juga kawasan-kawasan berdekatan.

Kursus ini unik kerana secara kebetulan, salah seorang bapa kepada ahli qariah meninggal dunia. Keluarga arwah sungguh bertuah kerana jenazah telah dimandikan oleh Us Nahrawi sendiri bersama anak dan cucu beliau.

Pada kebiasaannya, solat jenazah hanya diadakan secara teori atau lakonan amali. Tetapi kali ini solat tersebut benar-benar didirikan.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun.